Aleeda - Orange

Welcome to all....this blogs about me,family n friends...juga nk kongsi info2 kepada semua....hope u all enjoy to see my blogs.

Saturday 25 February 2012

Info : Jurang Mariana


Jurang Mariana ialah jurang yang paling dalam di dunia (lokasi yang paling
dalam pada permukaan kerak bumi). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer(6.8batu) 




Jurang  ini  terletak di dasar Lautan Pasifik di bahagian timur dan selatan
Kepulauan  Mariana,  iaitu  di  timur  Pulau Mindanao, Filipina. Jurang ini
meliputi  setengah  daripada kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini
telah ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang  Mariana  ini telah membentuk dua sempadan plat tektonik antara Plat
Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar Jurang Mariana adalah jauh
lebih dalam daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut yang hanya
setinggi  8,848m/29,028ka. Disamping itu bahagian dasar laut Jurang Mariana
pula  menerima  tekanan  setinggi  108.6  MPa  iaitu  lebih 1000 kali ganda
daripada tekanan atmosfera piawai pada aras laut.



Puncak  Gunung  Everest  lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara
bahagian  paling  dasar  Jurang Mariana pula mencecah sehingga 11 kilometer
dari  aras  laut.  Ini  telah memberi makna bahawa kedalaman Jurang Mariana
adalah jauh melebihi daripada ketinggian Gunung Everest.

Dengan  dasar yang sangat dalam dan gelap yang terdapat pada Jurang Mariana
berkenaan,  maka  pastinya  1001  misteri  ada  tersembunyi di dalam jurang
tersebut. Antaranya ialah jenis² hidupan marin yang mampu hidup dan membiak
dalam  habitat yang sebegitu rupa, pastinya tidak sama dengan hidupan marin
yang hidup di permukaan dan pertengahan kedalaman lautan.

Marilah  kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan²Nya yang unik
dan  penuh misteri ini. Di bawah adalah antara hidupan² marin yang terdapat
di celahan Jurang Mariana yang berjaya dirakamkan.